Scripture Stories
Bab 25: Harun Mengajar Ayah Raja Lamoni


Bab 25

Harun Mengajar Ayah Raja Lamoni

Imej
Harun dan rakan-rakannya mengembara

Roh membimbing Harun dan rakan-rakannya ke negeri Nefi untuk mengajar bapa Lamoni, raja kepada semua bangsa Laman.

Imej
Harun bercakap dengan raja

Harun memberitahu raja dia adalah saudara lelaki Amon. Raja telah memikirkan tentang kebaikan Amon dan tentang apa yang Amon telah katakan kepadanya.

Imej
Harun bercakap dengan raja

Harun bertanya kepada raja adakah dia percaya kepada Tuhan. Raja berkata yang dia tidak pasti tetapi dia akan percaya jika Harun mengatakan bahawa Tuhan wujud. Harun memberi jaminan kepada raja bahawa Tuhan hidup.

Imej
Harun membaca tulisan suci kepada raja

Harun membaca tulisan suci kepada raja. Harun mengajarkan dia tentang Penciptaan bumi, Kejatuhan Adam, dan misi Yesus Kristus.

Imej
raja bercakap dengan Harun

Raja bertanya apa yang perlu dia dilakukan untuk memiliki Roh Kudus dan bersedia untuk hidup dengan Tuhan. Raja itu bersedia melakukan apa pun, bahkan menyerahkan kerajaannya.

Imej
Harun bercakap dengan raja

Harun memberitahu raja bahawa dia perlu bertaubat sepenuhnya dari dosa-dosanya. Dia perlu berdoa dan beriman kepada Tuhan.

Imej
raja berdoa

Raja berdoa untuk mengetahui jika benar-benar ada Tuhan. Dia berkata yang dia akan bertaubat dari semua dosa-dosanya.

Imej
raja berada di atas tanah

Raja jatuh ke tanah dan kelihatan seperti sudah mati. Ketika permaisuri melihatnya, dia fikir bahawa Harun dan rakan-rakannya telah membunuh dia.

Imej
permaisuri memerintah orang suruhan

Permaisuri memerintahkan orang suruhannya untuk membunuh Harun dan rakan-rakannya, tetapi orang suruhan itu takut untuk melakukannya. Dia menghantar mereka untuk menyuruh rakyat lain yang akan melakukannya.

Imej
Harun memerintah raja untuk berdiri

Sebelum orang ramai dapat berhimpun dan menimbulkan masalah, Harun mengambil tangan raja dan menyuruhnya berdiri. Raja berdiri.

Imej
raja menenangkan isterinya

Raja itu menenangkan isterinya dan orang suruhannya yang ketakutan dan kemudian mengajarkan mereka injil. Mereka semua percaya kepada Yesus Kristus.