Scripture Stories
Bab 3: Lehi Meninggalkan Yerusalem


Bab 3

Lehi Meninggalkan Yerusalem

Imej
Lehi bermimpi tentang sebuah perjalanan

Tuhan senang akan Lehi dan berbicara kepada dia pada satu malam dalam sebuah mimpi. Dia memerintahkan Lehi untuk membawa keluarganya dan tinggalkan Yerusalem. Lehi menuruti Tuhan.

Imej
keluarga di padang belantara

Keluarga Lehi mengemas makanan dan khemah-khemah. Mereka meninggalkan rumah mereka dan emas dan perak mereka serta mengembara ke padang belantara.

Imej
Lehi, Saria, dan empat orang anak lelaki

Lehi dan isterinya, Saria, mempunyai empat orang anak lelaki. Nama mereka ialah Laman, Lemuel, Sam, dan Nefi.

Imej
khemah-khemah dan keluarga

Selepas mengembara selama tiga hari, keluarga Lehi berkhemah di sebuah lembah berdekatan sebatang sungai.

Imej
Lehi dan altar

Lehi membina sebuah altar daripada batu-batu dan membuat persembahan kepada Tuhan. Dia berterima kasih kepada Tuhan kerana menyelamatkan keluarganya daripada dimusnahkan.

Imej
Lehi, Laman, dan Lemuel

Lehi menamai sungai Laman dan lembah Lemuel. Lehi menginginkan anak-anak lelakinya menjadi seperti sungai dan lembah, mengalir berterus-terusan kepada Tuhan dan tabah dalam mentaati perintah-perintah.

Imej
Laman dan Lemuel

Laman dan Lemuel menganggap ayah mereka tidak pintar kerana meninggalkan Yerusalem dan kekayaan mereka. Mereka tidak percaya bahawa Yerusalem akan dimusnahkan.

Imej
Nefi berdoa

Nefi ingin memahami hal-hal yang dilihat oleh Lehi. Dia berdoa untuk mengetahui sekiranya ayahnya telah membuat pilihan yang benar dengan meninggalkan Yerusalem.

Imej
Nefi berdoa

Yesus Kristus mengunjungi Nefi dan memberitahunya kata-kata Lehi adalah benar. Nefi mempercayai dan tidak memberontak seperti yang dilakukan Laman dan Lemuel.

Imej
Nefi berbicara kepada Sam

Nefi memberitahu saudara-saudaranya hal yang dikatakan oleh Yesus kepada dia. Sam mempercayai Nefi, tetapi Laman dan Lemuel tidak mempercayainya.

Imej
Nefi berbicara kepada saudara-saudaranya

Tuhan berjanji kepada Nefi bahawa dia akan diberkati kerana imannya. Dia akan menjadi pemimpin atas saudara-saudaranya.