Scripture Stories
Selepas Perjanjian Baru


Selepas Perjanjian Baru

Imej
Para Rasul

Para pemimpin Gereja bekerja keras untuk mengajar orang ramai tentang Yesus Kristus. Mereka mengunjungi Orang suci dan menulis surat kepada mereka. Orang-orang mengikuti Gereja di banyak tempat. Orang-orang jahat tidak ingin orang ramai untuk percaya kepada Yesus Kristus.

Imej
kumpulan orang sedang bercakap

Orang-orang jahat ingin mengubah perintah-perintah tersebut. Sesetengah Orang suci percaya kepada mereka. Banyak yang berhenti mempercayai Yesus dan tidak mematuhi perintah-perintah-Nya.

Imej
askar-askar menyerang orang ramai

Para Rasul dan banyak Orang suci terbunuh. Tidak seorang yang tinggal untuk memimpin Gereja. Kunci-kunci imamat telah diambil dari bumi. Orang ramai tidak mempunyai nabi untuk membimbing mereka. Gereja Yesus Kristus tidak lagi berada di bumi. Rasul Petrus dan Paulus telah memberitakan ini akan terjadi.

Imej
bangunan di kota

Beratus tahun telah berlalu. Terdapat banyak gereja yang berlainan. Tidak satu pun dari mereka mempunyai Rasul-Rasul atau imamat Tuhan. Tidak satu dari gereja tersebut ialah Gereja Yesus Kristus. Tetapi para nabi telah memberitakan selepas beberapa tahun Gereja Yesus Kristus akan kembali ke bumi lagi.

Imej
Joseph Smith berdoa di dalam hutan

Pada tahun 1820, seorang pemuda bernama Joseph Smith ingin mengetahui mana gereja yang merupakan Gereja Yesus Kristus. Dia pergi ke hutan berdekatan rumahnya dan berdoa. Dia meminta Tuhan untuk menyatakan kepadanya gereja mana yang benar.

Imej
Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus muncul kepada Joseph Smith.

Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus datang kepada Joseph Smith. Juruselamat memberitahu Joseph untuk tidak mengikuti mana-mana gereja kerana tidak satu dari mereka yang merupakan Gereja-Nya.

Imej
Joseph Smith membaca kepingan-kepingan emas

Tuhan pilih untuk membawa kembali Gereja Yesus Kristus ke bumi melalu Joseph Smith. Tuhan menghantar malaikat untuk memberikan imamat kepada Joseph Smith. Dia membantu Joseph menterjemahkan Kitab Mormon. Pada 6 April, 1830, Gereja Yesus Kristus didirikan semula di bumi.

Imej
Joseph Smith mentahbis para Rasul

Sama seperti Yesus memilih Dua Belas Rasul ketika Dia berada di bumi, Tuhan membantu Joseph Smith memilih Dua Belas Rasul untuk membantunya memimpin Gereja. Para lelaki ini diberi kuasa untuk mengajar injil dan melakukan mukjizat-mukjizat.

Imej
Penginjil-penginjil mengajar keluarga

Yesus ingin semua orang untuk mengetahui tentang Gereja-Nya. Dia memerintahkan Joseph Smith untuk menghantar penginjil-penginjil untuk mengajar semua orang tentang Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.

Imej
Juruselamat di depan bait suci

Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir adalah gereja sama yang Yesus telah dirikan ketika Dia hidup di bumi.