Scripture Stories
Bab 55: Para Rasul Memimpin Gereja


Bab 55

Para Rasul Memimpin Gereja

Imej
Yesus mengajar para Rasul

Selepas Dia bangkit, Yesus tinggal bersama para Rasul-Nya selama 40 hari. Dia mengajarkan mereka banyak hal tentang injil dan Gereja-Nya.

Imej
Yesus mengajar para Rasul

Dia memfirmankan mereka untuk mengajarkan injil kepada semua orang. Dia juga berfirman bahawa Dia akan segera meninggalkan mereka, tetapi Roh Kudus akan datang untuk membantu mereka.

Imej
Yesus kembali ke syurga

Para Rasul memperhatikan Yesus naik ke langit. Dua malaikat berpakaian putih memberitahu para Rasul bahawa Yesus akan kembali dari syurga suatu hari nanti.

Imej
Petrus, Yakobus, dan Yohanes

Para Rasul kini adalah pemimpin Gereja Yesus Kristus di bumi. Petrus merupakan Presiden, dan Yakobus dan Yohanes adalah para penasihatnya.

Matius 16:18–19; Ajaran dan Perjanjian 81:1–2; Jesus the Christ, 219–20

Imej
seorang lelaki ditahbiskan oleh para Rasul

Hanya terdapat sebelas Rasul—Yudas telah mati. Bapa Syurgawi memfirmankan para Rasul untuk memilih Matias untuk menjadi salah seorang daripada Dua Belas Rasul. Semua Rasul memiliki panggilan istimewa di dalam imamat.

Imej
orang ramai berdoa bersama

Para Rasul dan pengikut-pengikut yang lain memiliki iman terhadap Tuhan. Mereka mematuhi perintah-perintah-Nya. Mereka saling mengasihi.

Imej
para Rasul sedang mengajar orang ramai

Dengan imamat dan kuasa Roh Kudus, para Rasul berupaya melakukan banyak hal. Mereka menyembuhkan orang sakit dan menjadi penginjil. Mereka mengajarkan tentang Yesus Kristus dan injil-Nya. Banyak orang mempercayai kata-kata para Rasul dan mengikuti Gereja. Ahli-ahli Gereja digelar Orang suci.