Scripture Stories
Bab 20: Yesus Mengajar tentang Doa


Bab 20

Yesus Mengajar tentang Doa

Imej
Yesus mengajar para pengikut

Yesus mengajar para pengikut-Nya cara untuk berdoa. Dia berfirman bahawa sesetengah orang berdoa hanya untuk dilihat oleh orang lain bahawa mereka sedang berdoa. Yesus mengajar bahawa kita harus mengucap doa peribadi kita apabila kita bersendirian, jika boleh.

Imej
Yesus mengajar para pengikut

Dia berfirman bahawa sesetengah orang mengucapkan perkataan yang sama berkali-kali ketika mereka berdoa. Mereka tidak benar-benar memikirkan tentang apa yang mereka katakan. Yesus berfirman bahawa kita harus berdoa dengan tulus untuk apa yang kita perlukan.

Imej
Yesus berdoa bersama para pengikut

Juruselamat mengucapkan sebuah doa untuk menunjukkan kepada para pengikut-Nya cara berdoa. Dia mula dengan mengatakan, “Ya Bapa kami yang di Syurga.” Dia memuji Bapa Syurgawi dan kemudian meminta pertolongan-Nya. Dia mengucapkan “amin” di penghujung doa-Nya. Kemudian, Yesus memberitahu para pengikut-Nya untuk berdoa kepada Bapa dalam nama-Nya. Dia berjanji bahawa Bapa Syurgawi akan menjawab doa-doa mereka.