Scripture Stories
Orang-orang untuk Diketahui


Orang-orang untuk Diketahui

Agripa

Raja Roma yang menguasai Israel. Paulus memberitahu kepada Agripa tentang Yesus Kristus.

Ananias

seorang pengikut Yesus Kristus yang tinggal di Damsyik. Dia memberkati Paulus dan menjaganya setelah Paulus dibutakan semasa sebuah penglihatan.

Bapa Syurgawi

Bapa tubuh roh kita. Kita berdoa kepada-Nya.

Elia

seorang nabi Perjanjian Lama

Elisabet

ibu kepada Yohanes Pembaptis

Farisi

para pemimpin orang Yahudi. Kebanyakkan mereka membenci Yesus dan para pengikut-Nya.

Gabriel

malaikat yang mengunjungi Maria dan memberitahunya bahawa dia akan menjadi ibu kepada Yesus. Gabriel juga datang kepada Zakharia dan memberitahunya bahawa dia akan mendapat seorang anak lelaki iaitu Yohanes Pembaptis.

Hana

seorang balu yang beriman yang terlihat Yesus ketika Dia masih seorang bayi dan mengajar orang-orang bahawa Yesus ialah Putera Tuhan dan Penebus.

Herodes

raja jahat yang memerintah di Yerusalem ketika Yesus lahir. Dia membuat semua bayi di Betlehem dibunuh dengan harapan membunuh bayi Yesus.

Joseph Smith

Ketika Joseph Smith masih seorang pemuda, Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus mengunjunginya. Mereka memfirmankannya untuk tidak mengikuti gereja-gereja di bumi pada masa itu kerana mereka telah menyimpang dari kebenaran. Melalui Joseph Smith, Gereja sejati Yesus Kristus dipulihkan di bumi.

Juruselamat

Yesus Kristus adalah Juruselamat. Dia menderita dan mati untuk dosa-dosa kita. Kerana Dia, kita dapat diampuni dari dosa-dosa kita, jika kita bertaubat, dan kita akan hidup selamanya.

Kayafas

imam tinggi orang Yahudi yang mengambil bahagian dalam menghukum Yesus dalam perbicaraan-Nya

Lazarus

seorang lelaki yang Yesus bangkitkan dari kematian

Maria

ibu kepada Yesus

Maria dan Marta

adik-adik kepada Lazarus dan kawan kepada Yesus

Maria Magdalena

Kawan Yesus dan orang pertama yang melihat Yesus selepas Kebangkitan-Nya.

Matias

seorang pengikut Yesus yang dipanggil untuk mengambil tempat Yudas Iskariot sebagai seorang daripada Dua Belas Rasul.

Mesias

nama lain bagi Yesus Kristus

Musa

seorang nabi Perjanjian Lama

Nikodemus

pemerintah orang Yahudi yang mempercayai bahawa Yesus adalah Juruselamat. Yesus mengajar Nikodemus tentang pembaptisan.

Orang Samaria

kumpulan orang yang tinggal di negeri yang Yesus tinggal. Orang Yahudi dan orang Samaria biasanya saling tidak menyukai.

Orang Yahudi

Orang Israel adalah sebahagian dari kerajaan Yehuda. Yesus adalah seorang Yahudi.

Paulus

seorang lelaki yang tidak menyukai para pengikut Yesus sehingga dia melihat Yesus dalam sebuah penglihatan dan bertukar hati. Dia kemudian melayani Tuhan dan menjadi salah seorang Rasul. Dia juga dikenali sebagai Saulus.

Petrus

seorang daripada Dua Belas Rasul Yesus dan Presiden Gereja selepas kematian Yesus

Pontius Pilatus

gabenor Roma di Yerusalem. Orang Yahudi meminta Pilatus untuk menyalibkan Yesus, dan Pilatus membenarkan Yesus dibunuh.

Roh Kudus

satu daripada tiga ahli dalam Kesatuan Ketuhanan. Dia membantu Yesus Kristus dan Bapa Syurgawi. Dia memiliki kuasa untuk membantu orang-orang mengetahui kebenaran. Dia adalah roh dan tidak mempunyai tubuh berdaging dan tulang.

Roma

orang-orang yang mengawal negeri di tempat Yesus tinggal semasa kehidupan-Nya

Saulus

lihat Paulus

Setan

anak lelaki roh Bapa Syurgawi. Dia tidak mematuhi Bapa Syurgawi, oleh itu dia dihalau dari syurga. Dia menjadi iblis. Setan cuba menggoda orang-orang untuk melakukan sesuatu yang salah.

Silas

seorang penginjil dan kawan Paulus

Simeon

seorang lelaki soleh yang melihat bayi Yesus di bait suci Yerusalem

Simon

seorang lelaki di Samaria. Dia cuba untuk membeli imamat daripada Petrus dan Yohanes. Mereka mengajarnya bahawa seseorang tidak dapat membeli imamat.

Stefanus

seorang pemimpin soleh Gereja Yesus Kristus. Orang Farisi telah membunuhnya.

Tabita

seorang wanita yang Petrus hidupkan semula

Tuhan

boleh merujuk kepada Bapa Syurgawi atau kepada Yesus Kristus

Yairus

seorang pemimpin orang Yahudi di Kapernaum. Yesus membangkitkan anak perempuannya dari kematian.

Yakobus

salah seorang daripada Dua Belas Rasul Yesus. Dia adalah salah seorang daripada penasihat Petrus selepas kematian Yesus.

Yesaya

seorang nabi Perjanjian Lama yang menulis tentang Yesus

Yesus Kristus

Putera Tuhan dan Juruselamat dunia. Dia menderita dan mati untuk dosa-dosa kita.

Yohanes

salah seorang daripada Dua Belas Rasul Yesus. Dia adalah salah seorang daripada penasihat Petrus selepas kematian Yesus.

Yohanes Pembaptis

nabi yang membaptiskan Yesus. Dia adalah anak lelaki Zakharia dan Elisabet.

Yudas Iskariot

salah seorang daripada Dua Belas Rasul Yesus. Yudas menyerahkan Yesus kepada orang-orang jahat untuk 30 keping perak.

Yusuf

Suami Maria. Yusuf menjaga Yesus dan Maria dengan baik.

Zakharia

ayah kepada Yohanes Pembaptis