Scripture Stories
Bab 4: Yusuf dan Malaikat


Bab 4

Yusuf dan Malaikat

Imej
Yusuf dan Maria

Yusuf merupakan seorang yang alim dan baik. Dia dan Maria akan berkahwin. Ketika dia mengetahui bahawa Maria akan mendapat seorang bayi, dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Kerana bayi tersebut bukanlah anaknya, dia berfikir dia tidak seharusnya mengahwininya.

Imej
malaikat muncul kepada Yusuf

Suatu malam seorang malaikat datang kepada Yusuf dalam mimpi dan memberitahunya bahawa bayi Maria ialah Putera Tuhan. Malaikat tersebut memberitahu Yusuf untuk mengahwini Maria dan menamakan bayinya Yesus. Yesus akan menjadi Juruselamat dunia.

Imej
Yusuf dan Maria berkahwin

Yusuf patuh kepada malaikat tersebut dan mengahwini Maria.