Scripture Stories
Bab 18: Yesus Memilih Para Rasul-Nya


Bab 18

Yesus Memilih Para Rasul-Nya

Imej
Yesus di atas perahu

Suatu hari Yesus mengajar orang ramai dari sebuah perahu di tepi Laut Galilea. Perahu tersebut milik seorang lelaki yang bernama Petrus.

Imej
Yesus di atas perahu

Petrus dan kawan-kawannya telah menjala sepanjang malam tanpa menangkap seekor ikan. Selepas Yesus selesai mengajar, Dia memfirmankan Petrus untuk membawa perahu ke air yang lebih dalam. Kemudian Dia memfirmankan Petrus dan kawan-kawannya untuk melepaskan jala mereka ke dalam air.

Imej
nelayan-nelayan menangkap ikan

Mereka menangkap banyak ikan sehingga jala mereka mula putus.

Imej
nelayan-nelayan di atas perahu

Petrus memanggil kawan-kawannya yang berada di perahu yang lain untuk datang dan membantu. Ikan-ikan memenuhi kedua-dua perahu sehingga mereka mula tenggelam.

Imej
nelayan-nelayan di atas perahu

Petrus dan kawan-kawannya kagum. Mereka tahu bahawa Yesus Kristus yang menjadikan semua ini berlaku.

Imej
Petrus berlutut di depan Yesus

Petrus berlutut di kaki Juruselamat. Dia berkata bahawa dia tidak layak untuk mendekati Yesus. Yesus memfirmankan Petrus untuk jangan takut.

Imej
Yesus mengajar nelayan-nelayan

Dua daripada kawan-kawan Petrus, Yakobus dan Yohanes, adalah adik-beradik. Yesus memfirmankan Petrus, Yakobus, dan Yohanes untuk mengikuti-Nya dan menjadi “penjala manusia.” Lelaki-lelaki itu meninggalkan segala yang mereka miliki dan pergi bersama Yesus. Juruselamat juga meminta dua lelaki yang lain untuk mengikuti-Nya.

Imej
Yesus dan 12 Rasul

Yesus telah memilih dua belas Rasul untuk memimpin Gereja-Nya. Dia telah berdoa sepanjang malam agar Dia dapat memilih para lelaki yang benar. Keesokan paginya Dia memilih dan mentahbiskan dua belas lelaki, memberikan mereka imamat dan wewenang untuk menjadi Rasul.

Imej
Para Rasul melakukan perjalanan

Para Rasul pergi ke banyak kota. Mereka mengajar injil dan menyembuhkan orang-orang. Mereka kembali untuk melaporkan kepada Yesus apa yang telah mereka lakukan.