Scripture Stories
Bab 14: Nikodemus


Bab 14

Nikodemus

Imej
Nikodemus

Nikodemus ialah daripada sekumpulan orang Yahudi yang digelar Farisi. Dia juga merupakan seorang pemimpin agama Yahudi. Banyak orang Farisi tidak percaya bahawa Yesus Kristus diutus oleh Tuhan. Tetapi Nikodemus mempercayainya kerana mukjizat-mukjizat yang Yesus telah lakukan.

Imej
Yesus bercakap kepada Nikodemus

Nikodemus datang untuk bercakap dengan Juruselamat pada suatu malam. Yesus menyatakan kepadanya bahawa tidak sesiapa pun yang dapat memasuki kerajaan Tuhan tanpa dilahirkan semula.

Imej
Nikodemus bercakap kepada Yesus

Nikodemus tidak memahaminya. Bagaimanakah seseorang harus dilahirkan semula? Juruselamat menjelaskan bahawa Dia sedang bercakap tentang hal-hal rohani. Untuk dilahirkan semula, seseorang harus dibaptiskan dari air dan menerima Roh Kudus.

Imej
Yesus bercakap

Yesus menjelaskan bahawa Dia telah diutus ke bumi untuk membantu kita semua kembali kepada Bapa Syurgawi. Dia berfirman bahawa Dia akan menderita untuk dosa-dosa kita dan mati di kayu salib agar kita boleh mendapat kehidupan abadi.

Imej
Yesus bercakap kepada Nikodemus

Dia berfirman bahawa kita harus percaya kepada-Nya dan memilih yang benar. Jika kita lakukan apa yang benar, kita akan hidup selamanya di dalam kerajaan Tuhan.