Scripture Stories
Bab 39: Yesus Menyembuhkan Lelaki yang Buta


Bab 39

Yesus Menyembuhkan Lelaki yang Buta

Imej
Yesus dan para pengikut mendekati lelaki yang buta

Suatu hari, Yesus sedang berjalan dengan para pengikut-Nya. Mereka terlihat seorang lelaki yang buta sejak lahir. Para pengikut bertanya jika lelaki tersebut buta kerana dia telah berdosa atau kerana ibu bapanya telah berdosa.

Imej
Yesus bercakap kepada seorang lelaki buta

Juruselamat berfirman bukan ibu bapa mahupun lelaki tersebut yang telah berdosa. Lelaki tersebut buta agar Yesus boleh menyembuhkan dia dan menunjukkan kepada orang ramai kuasa Tuhan.

Imej
Yesus menyembuhkan lelaki yang buta

Yesus membuat tanah liat dari tanah. Dia menyapukan ia pada mata lelaki yang buta tersebut. Yesus memfirmankan lelaki tersebut untuk membasuh matanya.

Imej
lelaki yang buta membasuh matanya

Sejurus selepas lelaki tersebut membasuh tanah liat itu dari matanya, dia boleh melihat!

Imej
orang ramai tersenyum

Ketika jiran tetangganya terlihat dia, mereka tidak pasti siapakah dia. Dia memberitahu mereka bahawa Yesus telah menyembuhkan dia. Jiran tetangga itu membawa lelaki tersebut kepada orang-orang Farisi. Lelaki tersebut memberitahu orang-orang Farisi bahawa Yesus telah menyembuhkan dia.

Imej
lelaki-lelaki menyoal lelaki yang buta

Beberapa orang Farisi menganggap Yesus ialah seorang lelaki yang soleh. Yang lain menganggap Dia ialah seorang pendosa. Ketika lelaki tersebut mengatakan Yesus ialah seorang yang soleh, beberapa orang Farisi marah dan mengusir lelaki tersebut ke luar.

Imej
Yesus bercakap kepada seorang lelaki

Yesus menemui lelaki tersebut. Dia menanyakan lelaki tersebut jika dia percaya kepada Putera Tuhan. Lelaki tersebut bertanya siapakah Putera Tuhan itu. Yesus berfirman bahawa Dia ialah Putera Tuhan, dan lelaki tersebut menyembah-Nya.