Scripture Stories
Bab 60: Petrus Membangkitkan Tabita dari Kematian


Bab 60

Petrus Membangkitkan Tabita dari Kematian

Imej
seorang wanita sedang membantu orang

Seorang wanita baik yang bernama Tabita tinggal di kota Yope. Dia merupakan seorang pengikut Yesus Kristus. Dia telah membantu banyak orang dan melakukan banyak hal yang baik.

Imej
orang ramai menangis di tepi katil seorang wanita

Dia menjadi sakit dan meninggal dunia.

Imej
Petrus berada di tepi katil seorang wanita

Kawan-kawannya mencari Petrus. Ketika dia sampai di situ, dia meminta kawan-kawan Tabita untuk meninggalkan bilik tersebut.

Imej
Petrus membantu seorang wanita untuk duduk

Petrus berlutut dan berdoa, kemudian mengarahkan Tabita untuk berdiri. Dia membuka matanya dan duduk.

Imej
Petrus membantu seorang wanita untuk berjalan

Petrus membantunya untuk berdiri. Dia memanggil kawan-kawannya. Mereka datang dan melihat bahawa dia masih hidup. Petrus telah menggunakan kuasa imamat untuk membangkitkan Tabita dari kematian. Banyak orang-orang di Yope percaya kepada Yesus Kristus ketika mereka mengetahui tentang kebangkitan Tabita dari kematian.