Scripture Stories
Bab 1: Elisabet dan Zakharia


Bab 1

Elisabet dan Zakharia

Imej
Zakharia dan Elisabet

Zakharia dan isterinya, Elisabet, merupakan orang Yahudi yang tinggal berdekatan Yerusalem. Mereka mentaati perintah-perintah Tuhan. Untuk bertahun lamanya, mereka telah berdoa untuk mempunyai seorang anak. Ketika mereka telah lanjut usia, mereka masih tidak mempunyai anak-anak.

Imej
malaikat bercakap kepada Zakharia

Zakharia merupakan seorang imam di dalam bait suci. Suatu hari seorang malaikat bernama Gabriel datang kepadanya. Kata Gabriel, Tuhan akan menjawab doa-doa Zakharia dan Elisabet. Mereka akan mempunyai seorang anak. Gabriel berkata bahawa mereka harus menamakan anak tersebut Yohanes.

Imej
malaikat bercakap kepada Zakharia

Kata Gabriel, Yohanes akan menjadi seorang nabi Tuhan yang soleh. Dia akan mengajar orang ramai tentang Yesus Kristus.

Imej
malaikat bercakap kepada Zakharia

Zakharia tidak mempercayai malaikat tersebut. Elisabet sudah terlalu tua untuk mempunyai anak. Kata Gabriel, oleh kerana dia tidak mempercayai apa yang Tuhan telah janjikan, Zakharia tidak dapat bercakap sehingga Yohanes dilahirkan.