Scripture Stories
Bab 13: Yesus dan Rumah Bapa Syurgawi-Nya


Bab 13

Yesus dan Rumah Bapa Syurgawi-Nya

Imej
Yesus di bait suci

Yesus pergi ke bait suci di Yerusalem. Banyak orang berada di sana untuk menyembahkan korban dengan membunuh haiwan dan membakarnya di atas altar. Korban tersebut membantu orang-orang memikirkan tentang Juruselamat, yang akan mengorbankan Diri-Nya dengan menderita dan mati untuk mereka.

Imej
orang-orang berjual beli haiwan di bait suci

Sesetengah orang tidak mempunyai haiwan untuk dikorbankan. Orang ramai menjual haiwan kepada mereka di bait suci. Penjual ingin mendapatkan banyak wang. Mereka tidak memikirkan tentang Tuhan.

Imej
Yesus dan penjual di bait suci

Yesus terlihat orang ramai sedang menjual haiwan-haiwan di bait suci. Dia berfirman bahawa bait suci adalah rumah Bapa Syurgawi, sebuah tempat kudus. Dia berfirman bahawa orang ramai tidak harus membeli atau menjual barang-barang di sana.

Imej
Yesus mengusir para penjual dari bait suci

Yesus membuat cambuk, menterbalikkan meja-meja, menghamburkan wang di atas lantai, dan mengusir para penjual dari bait suci. Dia tidak akan membiarkan mereka melakukan perkara yang jahat di rumah Bapa Syurgawi.