Scripture Stories
Bab 58: Simon dan Imamat


Bab 58

Simon dan Imamat

Imej
orang ramai diajar

Banyak orang di Samaria mendengar dan mempercayai injil. Mereka dibaptiskan, tetapi mereka tidak mempunyai Roh Kudus.

Imej
Para Rasul meletakkan tangan di atas kepala seorang lelaki

Petrus dan Yohanes pergi ke Samaria. Mereka meletakkan tangan mereka di atas kepala orang ramai dan memberi mereka kurnia Roh Kudus.

Imej
seorang lelaki memerhati para Rasul

Seorang lelaki bernama Simon terlihat Petrus dan Yohanes memberikan orang ramai kurnia Roh Kudus. Simon tahu bahawa kedua orang Rasul tersebut boleh memberi kurnia Roh Kudus kepada orang ramai kerana mereka mempunyai imamat. Dia juga menginginkan imamat tersebut.

Imej
seorang lelaki menawarkan para Rasul wang

Dia menawarkan Petrus dan Yohanes wang untuk itu. Petrus memberitahu Simon bahawa seseorang tidak dapat membeli imamat. Tuhan berikan ia kepada lelaki-lelaki yang soleh. Petrus tahu bahawa Simon bukan seorang yang soleh. Dia memberitahunya untuk bertaubat.