Scripture Stories
Perumpamaan Kedua: Duit Syiling yang Hilang


Perumpamaan Kedua

Duit Syiling yang Hilang

Imej
perempuan sedang mencari duit syiling

Seorang wanita mempunyai 10 duit syiling perak. Dia telah kehilangan satu daripada duitnya. Dia mencarinya di seluruh kawasan rumah.

Imej
wanita memegang duit syiling

Akhirnya dia telah menemui duit syiling tersebut. Dia sungguh gembira. Dia memanggil kawan-kawan dan jirannya untuk memberitahu mereka. Mereka juga sungguh gembira bahawa dia telah menemui duit syiling yang hilang itu.

Imej
Yesus berdiri dengan tangan yang terbuka

Para pemimpin dan ahli Gereja seumpama wanita di dalam cerita ini; duit syiling yang hilang tersebut seumpama seorang ahli Gereja yang tidak menghadiri gereja atau tidak lagi cuba untuk menjalani perintah-perintah. Ia seumpama mereka telah hilang dari Gereja. Yesus Kristus ingin ahli-ahli Gereja untuk mencari saudara-saudari yang hilang dan membantu mereka untuk kembali kepada-Nya. Dia sungguh gembira ketika ini terjadi.

Jesus the Christ, 455–56

Imej
sekumpulan orang berpakaian serba putih

Kawan-kawan dan jiran di dalam cerita tersebut seumpama para malaikat Tuhan. Para malaikat sungguh gembira ketika seseorang telah bertaubat.