Scripture Stories
Tempat-tempat untuk Diketahui


Tempat-tempat untuk Diketahui

(Nombor-nombor di dalam kurungan adalah bab-bah yang menceritakan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku di tempat-tempat ini.)

Peta 1: Tanah Suci di dalam Masa Perjanjian Baru

  1. Damsyik Paulus dalam perjalanan ke kota ini ketika Yesus menampakkan diri kepadanya dan memberitahunya untuk bertaubat. (59)

  2. Kaisarea Filipi Di kawasan ini Yesus bersaksi tentang kematian dan Kebangkitan-Nya, dan Petrus bersaksi bahawa Yesus adalah Putera Tuhan. (32)

  3. Galilea Yesus menghabiskan banyak masa di wilayah ini mengajarkan injil dan menyembuhkan yang sakit. (19–20, 34, 36)

  4. Kapernaum Yesus melaksanakan banyak mukjizat di kota ini. (23–25, 30)

  5. Laut Galilea Yesus mengajarkan injil kepada banyak orang berdekatan sini. Yesus menenangkan ribut badai dan berjalan atas air Laut Galilea. (18, 21, 29)

  6. Kana Yesus mengubah air kepada wain di perjamuan perkahwinan di sini. Seorang lelaki datang untuk meminta Yesus untuk menyembuhkan anak lelakinya. (12, 16)

  7. Nasaret Yesus membesar di kota ini. (2, 4, 9, 17)

  8. Samaria Yesus mengajar seorang wanita tentang air kehidupan di perigi di tanah ini. Kebanyakan orang Yahudi membenci orang-orang Samaria. (15, 58)

  9. Sungai Yordan Yohanes Pembaptis membaptiskan Yesus Kristus di sungai ini. (10)

  10. Yope Petrus membangkitkan Tabita dari kematian di sini. (60)

  11. Yerikho Di dalam perumpamaan orang Samaria yang baik, seorang lelaki hampir terbunuh semasa dalam perjalanan di jalan tersebut ke kota ini. (35)

  12. Yerusalem Yesus dan para Rasul-Nya menghabiskan banyak masa mengajar di kota ini. Yesus mati dan bangkit di sini. (6, 39–40, 44–57, 63) Lihat Peta 2 untuk cerita-cerita tambahan yang berlaku di Yerusalem.

  13. Betania Lazarus, orang yang Yesus bangkitkan dari kematian, tinggal di sini bersama saudari Maria dan Marta. (43)

  14. Betlehem Yesus Kristus dilahirkan di sini. (5, 7)

Laut Mediterranean

Laut Mati

Damsyik

Kaisarea Filipi

GALILEA

Kapernaum

Laut Galilea

Kana

Nasaret

SAMARIA

Sungai Yordan

Yope

Yerikho

Yerusalem

Betania

Betlehem

Peta 2: Yerusalem Pada Masa Yesus

  1. Golgota Ini mungkin tempat di mana Yesus Kristus mati di atas kayu salib. (53)

  2. Taman Kuburan Ini mungkin tempat di mana Yesus Kristus telah dikebumikan, bangkit, dan berbicara dengan Maria Magdalena. (53, 54)

  3. Kolam Betesda Yesus menyembuhkan seorang lelaki pada Hari Sabat di sini. (27)

  4. Bait suci Di sini malaikat Gabriel menjanjikan Zakharia bahawa dia akan mempunyai seorang anak lelaki, iaitu Yohanes Pembaptis. Yesus mengajar di bait suci ini. Dia juga menghalau orang-orang yang menjual haiwan-haiwan untuk korban dari bait suci. (1, 6, 9, 11, 13, 45, 56)

  5. Taman Getsemani Yesus Kristus berdoa, menderita untuk dosa-dosa kita, dikhianati oleh Yudas Iskariot, dan ditangkap di taman ini. (51, 52)

  6. Gunung Zaitun Yesus mengajar tentang Kedatangan Kedua-Nya di sini. (46)

  7. Rumah Kayafas Ini mungkin adalah tempat di mana pemimpin-pemimpin orang Yahudi membicarakan Yesus, menuduh-Nya telah melanggar hukum. (52)

  8. Tingkat Atas Bilik ini di mana Yesus dan para Rasul-Nya menjamu Paskah mungkin di kawasan ini. Yesus mengajar Rasul-Nya tentang sakramen sebelum berangkat ke Taman Getsemani. (49, 50)

Golgota

Taman Kuburan

Kolam Betesda

Bait Suci

Taman Getsemani

Gunung Zaitun

Rumah Kayafas

Tingkat Atas