Scripture Stories
Gambar-gambar Tanah Suci


Gambar-gambar Tanah Suci

(Nombor-nombor di dalam kurungan adalah nombor bab yang menceritakan tentang peristiwa yang berlaku di tempat ini atau yang berdekatan.)

Imej
Betlehem

Betlehem Yesus Kristus dilahirkan di sini. (5, 7)

Imej
bait suci

Bait suci Ini adalah contoh bait suci di Yerusalem di mana Yesus mengajar injil dan menghalau orang-orang yang menjual haiwan-haiwan untuk korban. (1, 6, 9, 11, 13, 45, 56)

Imej
anak tangga ke bait suci

Anak tangga ke Bait Suci Ini adalah anak tangga sebenar yang menuju ke bait suci tersebut.

Imej
Nasaret

Nasaret Yesus membesar di kota ini. (2, 4, 9, 17)

Imej
Yerusalem

Yerusalem Yesus dan para Rasul-Nya menghabiskan banyak masa mengajar di kota ini. Yesus mati dan bangkit di sini. (6, 39–40, 44–57, 63)

Imej
Sungai Yordan

Sungai Yordan Yohanes Pembaptis membaptiskan Yesus Kristus di sungai ini. (10)

Imej
Padang belantara Yudea

Padang belantara Yudea Yesus Kristus telah berpuasa dan digoda oleh iblis di padang belantara tersebut selepas pembaptisan-Nya. (11)

Imej
Samaria

Samaria Yesus mengajar seorang wanita tentang air kehidupan di perigi di tanah ini. Kebanyakan orang Yahudi membenci orang-orang Samaria. (15, 58)

Imej
Laut Galilea

Galilea dan Laut Galilea Banyak orang percaya bahawa di lereng bukit ini adalah tempat Yesus memberikan Khutbah di atas Bukit. Laut Galilea di latar belakang. Yesus mengajar injil kepada banyak orang, termasuklah para Rasul-Nya, berdekatan sini. Yesus menenangkan ribut badai di Laut Galilea. (18 -22,18, 29, 34, 36)

Imej
Kapernaum

Kapernaum Runtuhan ini adalah di kota Kapernaum Yesus melaksanakan banyak mukjizat di kota ini. (23–25, 30)

Imej
Kaisarea Filipi

Kaisarea Filipi Di kawasan ini Yesus bersaksi tentang kematian dan Kebangkitan-Nya, dan Petrus bersaksi bahawa Yesus adalah Putera Tuhan. (32)

Imej
Yerikho

Yerikho Di dalam perumpamaan orang Samaria yang baik, seorang lelaki hampir terbunuh semasa dalam perjalanan di jalan tersebut ke kota ini. (35)

Imej
Gunung Tabor

Gunung Tabor Ini mungkin tempat Perubahan Rupa Yesus Kristus terjadi. (33)

Imej
Taman Getsemani

Taman Getsemani Yesus Kristus berdoa, menderita untuk dosa-dosa kita, dikhianati oleh Yudas Iskariot, dan ditangkap di taman ini. (51, 52)

Imej
Golgota

Golgota Ini mungkin tempat di mana Yesus Kristus mati di atas kayu salib. (53)

Imej
Taman Kuburan

Taman Kuburan Ini mungkin tempat di mana Yesus Kristus telah dikebumikan, bangkit, dan berbicara dengan Maria Magdalena. (53, 54)