Scripture Stories
Bab 48: Tiga Orang Hamba


Bab 48

Tiga Orang Hamba

Imej
seorang lelaki memberi tiga hamba wang

Yesus menceritakan kepada para pengikut-Nya sebuah cerita tentang seorang tuan yang memberikan hamba-hambanya beberapa wang emas. Satu wang emas adalah jumlah wang yang besar.

Imej
tiga orang hamba memegang wang

Tuan tersebut memberi kepada hamba yang pertama lima wang emas. Dia memberi kepada hamba yang kedua yang lain dua wang emas. Dia memberikan hamba yang ketiga satu wang emas. Kemudian tuan itu pergi melakukan perjalanan.

Imej
seorang lelaki membeli balang daripada lelaki yang lain

Hamba dengan lima wang emas tersebut bekerja dengan keras. Dia memperoleh lima wang emas lagi. Dia kini memiliki sepuluh wang emas.

Imej
seorang lelaki menghitung wang

Hamba dengan dua wang emas tersebut juga bekerja dengan keras. Dia memperoleh dua wang emas lagi. Dia kini memiliki empat wang emas.

Imej
seorang lelaki menyembunyikan wang

Hamba dengan satu wang emas itu menyembunyikan ia di dalam tanah. Dia takut akan kehilangannya. Dia tidak bekerja untuk memperoleh lebih banyak wang emas.

Imej
seorang lelaki bercakap kepada tiga orang hamba

Ketika tuan tersebut kembali, dia menanyakan hamba itu apakah yang telah mereka lakukan dengan wang emasnya.

Imej
lelaki memberikan hamba wang

Hamba yang pertama membawakan dia sepuluh wang emas. Tuan tersebut sungguh gembira. Dia menjadikan hamba itu penguasa ke atas banyak hal dan memberitahunya untuk bersukacita.

Imej
lelaki memberikan hamba wang

Hamba yang kedua membawakan tuan tersebut empat wang emas. Ini juga membuatkan tuan itu gembira. Dia menjadikan hamba yang kedua itu penguasa ke atas banyak hal dan memberitahunya untuk bersukacita.

Imej
hamba menunjukkan wang kepada seorang lelaki

Hamba yang ketiga memberi kembali tuan itu wang emas yang telah dia sembunyikan. Tuan tersebut tidak gembira. Dia berkata bahawa hamba itu pemalas. Diaharus bekerja dengan keras untuk memperoleh lebih banyak wang emas.

Imej
lelaki memberikan hamba wang

Tuan tersebut mengambil wang emas tersebut daripada hamba yang ketiga itu dan memberikannya kepada hamba yang pertama. Kemudian dia menghalau hamba yang malas itu. Tuan di dalam cerita ini seumpama Yesus. Kita seumpama hamba-hamba tersebut. Yesus akan menghakimi bagaimana setiap kita menggunakan kurnia yang telah diberikan kepada kita.