Scripture Stories
Bab 10: Yesus Dibaptiskan


Bab 10

Yesus Dibaptiskan

Imej
Yohanes Pembaptis di padang belantara

Yohanes tinggal di padang belantara untuk bertahun lamanya. Dia memakai pakaian yang diperbuat dari bulu unta, dan dia memakan madu dan belalang. Orang ramai datang dari bandar untuk mendengar dia mengajar. Dia dikenali sebagai Yohanes Pembaptis.

Imej
Yohanes Pembaptis mengajar orang ramai

Yohanes Pembaptis mengajar orang ramai tentang Yesus Kristus. Dia memberitahu mereka untuk bertaubat atas dosa-dosa mereka dan dibaptiskan. Yohanes membaptiskan mereka yang telah bertaubat atas dosa-dosa mereka.

Imej
Yohanes Pembaptis mengajar orang ramai

Orang ramai bertanya Yohanes Pembaptis bagaimana untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Dia memberitahu mereka untuk berkongsi dengan yang miskin, mengatakan kebenaran, dan adil kepada orang lain. Dia berkata bahawa Yesus Kristus akan segera datang. Yesus akan memberikan mereka kurnia Roh Kudus.

Imej
Yohanes Pembaptis bercakap kepada Yesus

Suatu hari ketika Yohanes Pembaptis sedang membaptiskan orang di Sungai Yordan, Yesus Kristus datang kepadanya. Dia meminta Yohanes untuk membaptiskan-Nya. Yohanes mengetahui bahawa Yesus selalu mematuhi perintah-perintah Tuhan dan tidak perlu untuk bertaubat. Yohanes menyangka bahawa Yesus tidak perlu dibaptiskan.

Imej
Yohanes Pembaptis membaptis Yesus

Tetapi Tuhan telah memerintahkan semua orang untuk dibaptiskan, oleh itu Yesus memberitahu Yohanes untuk membaptiskan-Nya. Yesus menetapkan sebuah teladan bagi kita dengan mematuhi perintah Tuhan untuk dibaptiskan.

Imej
burung merpati terbang ke atas Yohanes Pembaptis dan Yesus

Ketika Yesus keluar dari air, Roh Kudus datang kepada-Nya Tuhan berbicara dari syurga, berkata, “Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Dia menyenangkan hati-Ku.” Yohanes Pembaptis juga bersaksi bahawa Yesus ialah Putera Tuhan.

Matius 3:16–17; Yohanes 1:33–36; Jesus the Christ, 150