Scripture Stories
Bab 56: Petrus Menyembuhkan Seorang Lelaki


Bab 56

Petrus menyembuhkan seorang lelaki

Imej
seorang lelaki sedang meminta wang

Seorang lelaki tidak dapat berjalan diangkat ke bait suci setiap hari. Dia duduk di tepi pintu bait suci dan meminta wang. Suatu hari, dia terlihat Petrus dan Yohanes sedang ingin memasuki bait suci.

Imej
Para Rasul bercakap kepada seorang lelaki

Dia meminta wang daripada Petrus dan Yohanes. Petrus berkata bahawa dia tidak mempunyai wang. Petrus berkata bahawa dia akan memberikan lelaki tersebut sesuatu yang lain.

Imej
Petrus membantu seorang lelaki untuk berdiri

Petrus memberkati lelaki tersebut dalam nama Yesus Kristus dan menyembuhkannya. Kemudian dia membantu lelaki tersebut untuk berdiri.

Imej
Petrus membantu lelaki tersebut untuk berjalan

Lelaki tersebut berjalan untuk pertama kalinya dalam hidupnya. Banyak orang melihat lelaki tersebut berjalan dan melompat. Mereka tahu bahawa ia adalah sebuah mukjizat. Mereka tahu bahawa Petrus memiliki kuasa Tuhan. Petrus memberitahu mereka bahawa Yesus Kristus telah memberikannya kuasa untuk menyembuhkan lelaki tersebut. Petrus adalah penginjil yang hebat. Dia telah membantu banyak orang untuk percaya dan mengikuti Yesus Kristus.