Scripture Stories
Bab 33: Muncul dalam Kemuliaan: Perubahan Rupa


Bab 33

Muncul dalam Kemuliaan: Perubahan Rupa

Imej
Yesus, Petrus, Yakobus, dan Yohanes berjalan

Yesus membawa Petrus, Yakobus, dan Yohanes ke puncak gunung yang tinggi untuk berdoa.

Imej
Musa dan Elia muncul kepada Yesus

Semasa Yesus berdoa, kemuliaan Tuhan datang ke atas-Nya. Wajah-Nya bercahaya seperti matahari. Dua orang nabi Perjanjian Lama bernama Musa dan Elia muncul kepada-Nya. Mereka berbicara tentang kematian dan kebangkitan-Nya yang akan datang.

Imej
Petrus, Yakobus, dan Yohanes sedang tidur

Sementara Yesus sedang berdoa, para Rasul tertidur.

Imej
Yesus, Musa, dan Elia muncul kepada para Rasul

Ketika mereka terjaga, mereka terlihat kemuliaan Yesus Kristus, Musa, dan Elia. Mereka terdengar suara Bapa Syurgawi bersaksi, “Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Dia menyenangkan hati-Ku. Dengarkanlah Dia!”

Imej
Yesus berjalan ke arah para Rasul

Para Rasul ketakutan dan jatuh ke tanah. Yesus menyentuh mereka dan memberitahu mereka untuk jangan takut. Ketika mereka memandang ke atas, utusan syurgawi telah pergi. Yesus memberitahu para Rasul untuk tidak menceritakan kepada sesiapa apa yang telah mereka lihat sehingga selepas Dia telah mati dan bangkit.