Scripture Stories
Perkataan untuk Diketahui


Perkataan untuk Diketahui

ahli

seorang tergolong pada gereja atau kumpulan lain

altar

sebuah struktur yang berupa meja di dalam bait suci ketika Yesus masih hidup. Orang mempersembahkan korban kepada Tuhan di atas altar.

Imej
altar
askar

seseorang yang menjalankan arahan-arahan raja atau penguasa

bait suci

rumah Tuhan di bumi; tempat menyembah Tuhan; tempat kudus di mana tatacara-tatacara kudus dilaksanakan

Imej
bait suci
balu

seorang wanita yang kematian suami

bangkit

tubuh dan roh kita bersatu kembali selepas kita meninggal

belalang

serangga terbang yang besar kadangkala digunakan sebagai makanan

Imej
belalang
berdoa

berbicara dengan Tuhan, memberi syukur kepada-Nya dan meminta berkat-berkat

berkat

doa khusus untuk meminta Bapa Syurgawi untuk menghibur atau menyembuhkan seseorang; lelaki yang berikan doa ini melakukan sedemikian dengan kuasa imamat yang dia pegang. Segala bantuan yang kita terima daripada Tuhan.

berlutut [melutut]

duduk di atas lutut

Imej
melutut
bersaksi

menyatakan kepada orang lain bahawa kita mengetahui sesuatu adalah benar

bertaubat

berasa kesal bagi suatu tindakan atau fikiran dan berjanji tidak mengulanginya

bijaksana

seseorang yang sungguh pintar dan memahami orang, hukum-hukum, dan tulisan suci; juga, seseorang yang merancang terlebih dahulu

bohong

tidak mengatakan kebenaran

buta

tidak boleh melihat

cambuk

tali kurus yang bertangkai; menggunakan cambuk untuk menyebat seseorang atau sesuatu

Imej
cambuk
cedera

kecederaan teruk pada badan seseorang

cukai

wang yang dibayar orang kepada kerajaan

curi

mengambil sesuatu kepunyaan orang lain

derita

merasakan kesakitan yang teramat

dipenuhi dengan Roh Kudus

Roh Kudus mengisi minda dan hati seseorang dengan kebenaran

doa

apa yang diucapkan ketika seseorang berdoa

dosa

tidak patuh akan perintah-perintah Bapa Syurgawi

duri

bahagian tanaman yang tajam dan menonjol yang boleh mencederakan jika tersentuh

gembala

seseorang yang menjaga domba

Imej
gembala
gempa bumi

goncangan bumi yang kuat

gua

lubang besar yang terdapat di tepi bukit

Imej
gua
gunung

gunung atau bukit yang besar

gurun

tanah yang terdapat sedikit sumber air dan sedikit tumbuh-tumbuhan atau haiwan

iblis

nama yang lain bagi Setan

imam

seorang pemimpin dalam sebuah gereja

imamat

hak kuasa untuk bertindak dalam nama Tuhan

iman

untuk percaya dan yakin kepada Yesus Kristus

indung madu

sarang cecair yang dihasilkan oleh lebah. Lebah mengisi sarang cecair ini dengan madu.

Imej
indung madu
injil

ajaran-ajaran Yesus Kristus tentang bagaimana orang-orang harus hidup agar mereka dapat kembali dan hidup bersama Bapa Syurgawi; ia adalah rancangan keselamatan Bapa Syurgawi

jahat

sesuatu yang jahat dan tidak datang daripada Tuhan

jahat

orang yang jahat

jamuan

hidangan yang selalunya di makan pada hari yang istimewa

jiran

seseorang yang tinggal berdekatan rumah anda; anak-anak Tuhan yang lain

jubah

pakaian yang panjang yang dipakai atas pakaian yang lain

Imej
jubah
kebenaran

sesuatu yang benar atau betul

kebuluran

kekurangan makanan kerana hasil tanaman tidak mencukupi untuk memberi makan kepada semua orang

Kedatangan Kedua

ketika Yesus akan datang lagi ke bumi untuk menyelamatkan orang-orang yang soleh dan memusnahkan orang-orang yang jahat

kehidupan abadi

untuk menjadi seperti Bapa Syurgawi kita dan hidup bersama-Nya selamanya

kekal

sesuatu yang tanpa akhir; berlangsung selamanya

kerajaan Tuhan

Gereja atau tempat di mana orang-orang soleh akan hidup bersama Bapa Syurgawi selepas kehidupan ini

kesaksian

perasaan atau fikiran daripada Roh Kudus bahawa injil adalah benar

khianat

untuk berpaling tadah terhadap seorang kawan atau menyerahkannya kepada musuh

khutbah

ucapan yang diberikan kepada sekumpulan orang tentang injil

korban

melepaskan sesuatu yang penting untuk Tuhan atau orang lain

kuasa

kemampuan untuk melakukan sesuatu Lihat juga imamat.

kudis

bahagian badan yang sakit atau berdarah

kudus

sesuatu yang suci dan bersih dan ditetapkan untuk kegunaan Tuhan

kudus

segala yang diberikan kepada kita oleh Tuhan yang perlu dihormati dan takzim.

kurnia

hal baik yang Tuhan atau orang lain berikan kepada kita

kurnia Roh Kudus

hak untuk mendapat bantuan Roh Kudus; ia diberikan kepada seseorang selepas pembaptisan oleh seseorang yang mempunyai wewenang imamat

lagu rohani

sebuah lagu gereja atau sebuah lagu yang memuji Tuhan

lemas

mati akibat lama berada di dalam air

mahkota duri

duri tajam yang dibentuk bulat yang telah diletakkan di atas kepala Yesus

Imej
mahkota duri
makam

tempat pengebumian orang-orang yang telah meninggal

Imej
makam
Malaikat

utusan syurgawi daripada Tuhan

malas

tidak rela untuk bekerja

memberkati

untuk memberikan hal-hal yang baik atau untuk membantu seseorang

memerintah

untuk mengarah seseorang atau sesuatu apa yang perlu dilakukan

memilih

untuk mengambil atau menentukan

memimpin

untuk membimbing orang lain

memuji

mengucap hal-hal yang baik tentang seseorang

mencemuh

membuat ejekan

mengampuni

untuk berhenti menjadi marah terhadap seseorang yang telah melakukan hal-hal yang tidak baik atau berbahaya

mengatur

untuk menjalankan Gereja Yesus Kristus dengan teratur

mengebumikan [dikebumikan]

untuk menanam mayat orang yang telah meninggal di dalam makam atau di bawah tanah dan menutupinya dengan tanah; untuk meletakkan sesuatu di dalam tanah yang seseorang ingin sembunyikan

mengembara (berjalan)

pergi dari satu tempat ke tempat yang lain

menggoda

cuba untuk mendapatkan seseorang untuk melakukan sesuatu yang salah

menghasilkan

membuat atau membina sesuatu

mengikuti

untuk melakukan apa yang orang lain lakukan

menterjemah

untuk mengubah perkataan-perkataan yang tertulis atau diucapkan dalam satu bahasa kepada perkataan-perkataan dengan makna yang sama dalam bahasa yang berbeza

menyalibkan

untuk membunuh seseorang dengan menggantungnya di atas kayu salib seperti yang mereka lakukan kepada Yesus Kristus

menyambut

untuk mengingati sebuah hari penting dengan melakukan sesuatu yang istimewa

menyembah

untuk memuji, mengasihi, dan mematuhi Tuhan

misi

masa pelayanan yang istimewa untuk pergi dan mengajar orang-orang tentang injil Yesus Kristus dan menguatkan kerajaan Tuhan di bumi

mukjizat

sesuatu yang luar biasa berlaku kerana kuasa Tuhan

nabi

orang yang dipanggil oleh Tuhan untuk menyampaikan kehendak Tuhan kepada umatnya

Orang-orang Bijaksana

para lelaki yang datang dari Timur untuk mengunjungi Yesus ketika Dia seorang budak

Orang suci

seorang ahli Gereja Yesus Kristus yang sejati

padang belantara

sebuah tempat yang tidak memiliki bandar-bandar atau kota-kota dan sedikit orang yang tinggal

palung

tempat letak makanan untuk haiwan-haiwan

Imej
palung
Paskah

perayaan istimewa orang-orang Yahudi memperingati bagaimana Tuhan telah menyelamatkan bangsa mereka daripada orang-orang Mesir pada zaman Musa.

patuh

melakukan apa yang diminta atau diperintah

pekak

tidak dapat mendengar

pelayan

seseorang yang melayani atau bekerja untuk orang lain atau untuk Tuhan

pembaptisan [membaptiskan]

sebuah tatacara di mana seorang yang mempunyai wewenang imamat daripada Tuhan mencelup orang ke dalam air dengan sepenuhnya dan menarik dia keluar dari air. Pembaptisan diperlukan untuk menjadi ahli Gereja Yesus Kristus. Lihat juga kurnia Roh Kudus.

Imej
pembaptisan
pemimpin

seseorang yang membimbing dan bertanggungjawab ke atas sebuah kumpulan orang

penasihat

seseorang yang membantu atau memberi nasihat kepada seseorang yang lain

pencuri

seseorang yang mencuri daripada orang lain

pendamai

orang yang membantu seseorang tidak berasa marah dengan satu sama lain

pendosa

seseorang yang tidak mematuhi perintah-perintah Bapa Syurgawi

pengantin lelaki

seorang lelaki yang bakal berkahwin

pengawal

seseorang yang mengawasi orang-orang dalam penjara; untuk mengawasi seseorang, tempat, atau hal

pengikut

seorang yang percaya kepada Yesus Kristus dan cuba menjadi seperti Dia

penginjil

seseorang yang pergi ke misi; kadangkala orang tersebut dipanggil untuk pergi ke tanah-tanah lain

penglihatan

sejenis wahyu daripada Bapa Syurgawi

penjaga rumah tumpangan

orang yang mengurus rumah tumpangan

penjara

tempat bagi orang-orang yang telah melanggar hukum

penyelamatan

untuk diselamatkan dari dosa dan kematian agar kita dapat hidup bersama Bapa Syurgawi lagi

perang

pertempuran di antara musuh

perbicaraan

kejadian di mana orang-orang cuba untuk membuktikan sekiranya seseorang itu telah atau tidak melanggar hukum

percaya

untuk merasakan bahawa sesuatu adalah benar atau betul

perintah

sesuatu yang Tuhan firmankan manusia untuk lakukan agar mereka akan gembira

perjanjian

mengatakan bahawa anda akan melakukan sesuatu

perkahwinan

upacara seorang lelaki dan wanita berkahwin

persepuluhan

wang yang diberikan kepada Tuhan untuk membina Gereja-Nya

perubahan rupa

perubahan dalam seseorang untuk jangka masa yang singkat yang membolehkannya berada di hadirat Bapa Syurgawi

perumpamaan

cerita yang mengajar tentang sebuah asas atau pengajaran

pesakit kusta

seseorang yang sakit dengan kudis di seluruh badannya

pokok anggur

dahan utama tumbuhan, contohnya anggur, yang mempunyai ranting berlilit. Pokok membantu cabang-cabang untuk hidup.

Imej
pokok anggur
puasa

tidak menyentuh makanan atau air ketika mencari berkat-berkat daripada Bapa Syurgawi

pulih

menjadikan seseorang yang sakit atau cedera sembuh

Rasul

seorang pimpin dalam Gereja Yesus Kristus yang bersaksi tentang Yesus Kristus dan mengajarkan injil

roh

seorang daripada anak-anak Bapa Syurgawi yang tidak mempunyai tubuh daging dan tulang

roti

bentuk roti yang dipanggang

Imej
roti
rumah tumpangan

tempat orang-orang boleh makan dan tidur ketika mereka dalam perjalanan

Sabat

satu hari istimewa dalam seminggu ketika orang-orang menyembah Tuhan dengan pergi ke Gereja dan mempelajari tentang-Nya

sakramen

sebuah tatacara di mana roti dan air diberkati dan diagihkan kepada ahli-ahli Gereja untuk mengingatkan mereka tentang Yesus Kristus dan untuk mematuhi perintah-perintah. Tatacara yang dilakukan oleh para lelaki yang memiliki imamat.

saumaah

bangunan di mana orang Yahudi berkumpul untuk menyembah Tuhan

selamanya

sentiasa

selamat

menyelamatkan dari bahaya Yesus mati untuk menyelamatkan kita dari kematian jasmani dan bahaya dosa.

sertai

menjadi sebahagian satu kumpulan

soleh

patuh kepada perintah-perintah Tuhan

syiling

wang leper yang diperbuat dari logam

Imej
syiling
syurga

tempat di mana Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus tinggal

tahbis

para lelaki yang memegang wewenang imamat meletakkan tangan mereka di atas kepada seorang lelaki untuk memberinya kuasa dan wewenang imamat

Imej
pentahbisan
tangkap [menangkap]

menawan sebuah negara atau orang dengan paksaan

tubuh berdaging dan bertulang

tubuh manusia di bumi mengandungi kulit, tulang, otot-otot, dan darah

tulisan suci

kitab yang mengandungi firman Tuhan yang diberikan melalui para nabi-Nya

tunduk [menunduk]

mengarahkan kepala ke bawah sebagai penghormatan

Imej
menunduk kepala
wahyu

sesuatu yang Tuhan nyatakan kepada anak-anak-Nya

wain

minuman yang diperbuat dari buah anggur

wewenang

hak untuk menggunakan sesuatu kuasa seperti imamat atau mempunyai hak untuk menghukum seseorang yang tidak mematuhi hukum