Scripture Stories
Bab 16: Anak Lelaki Seorang Pegawai


Bab 16

Anak Lelaki Seorang Pegawai

Imej
seorang lelaki berada di sisi katil anak lelakinya

Seorang pemimpin orang Yahudi mempunyai seorang anak lelaki yang sedang sakit tenat. Semua orang menyangka bahawa anak lelakinya akan segera mati.

Imej
orang-orang menunggang kuda

Lelaki tersebut meninggalkan anak lelakinya di rumah dan berjalan beberapa batu jauhnya ke kota Kana. Di sana dia menemui Yesus.

Imej
lelaki bercakap kepada Yesus

Lelaki tersebut meminta Juruselamat untuk datang dan menyembuhkan anak lelakinya. Yesus memberitahunya bahawa anak lelakinya akan disembuhkan. Lelaki tersebut mempercayai Yesus, dan dia menuju ke rumah.

Imej
orang suruhan berlari ke arah lelaki

Para orang suruhan datang untuk bertemu dengannya. Mereka memberitahunya bahawa anak lelakinya semakin sembuh dan akan hidup. Dia menanyakan mereka bilakah anak lelakinya mula sembuh? Mereka memberitahunya. Ia adalah sama dengan waktu ketika Yesus mengatakan bahawa anak lelakinya akan disembuhkan.

Imej
lelaki senyum kepada anak lelakinya

Lelaki tersebut tahu bahawa Yesus Kristus telah menyembuhkan anak lelakinya. Dia dan seluruh keluarganya percaya kepada Juruselamat.