Scripture Stories
Bab 30: Roti Kehidupan


Bab 30

Roti Kehidupan

Imej
orang-orang di dalam sampan

Keesokan harinya banyak orang cuba mencari Yesus. Mereka mengikuti-Nya ke Kapernaum dengan sampan.

Imej
Yesus berdekatan laut

Yesus tahu bahawa mereka menginginkan-Nya untuk memberi makan kepada mereka lagi.

Imej
Yesus mengajar orang ramai

Dia mengajar mereka bahawa roti tersebut akan memastikan mereka hidup hanya untuk masa yang singkat sahaja. Dia memberitahu mereka terdapat roti yang lain yang harus mereka cari—Roti Kehidupan. Dia memberitahu mereka bahawa Dia ialah Roti Kehidupan.

Imej
Yesus mengajar orang ramai

Yesus mengajarkan orang ramai tersebut bahawa Dia akan mengorbankan nyawa-Nya untuk mereka. Dia berkata jika mereka akan mengikuti dan mempercayai-Nya, mereka akan memperoleh kehidupan kekal.