Scripture Stories
Bab 57: Orang yang Jahat Membunuh Stefanus


Bab 57

Orang yang Jahat Membunuh Stefanus

Imej
Para Rasul membantu seorang lelaki

Banyak pemimpin Yahudi menganggap bahawa mukjizat-mukjizat akan berhenti apabila Yesus mati. Bagaimanapun, para Rasul juga melaksanakan mukjizat. Banyak orang percaya kepada Yesus Kristus dan mengikuti Gereja.

Imej
askar mengancam seorang lelaki

Ini membuatkan banyak pemimpin Yahudi menjadi marah. Mereka memasukkan Petrus dan Yohanes ke dalam penjara. Raja Herodes Agripa mengarahkan Rasul Yakobus dibunuh.

Imej
Rasul Stefanus

Para Rasul memanggil tujuh orang lelaki untuk membantu memimpin Gereja. Salah seorang adalah lelaki yang soleh bernama Stefanus. Dia mengajarkan injil kepada banyak orang. Beberapa orang yang jahat berbohong dan berkata bahawa Stefanus telah menentang hukum orang Yahudi. Mereka membawanya untuk dibicarakan oleh para pemimpin Yahudi.

Imej
Stefanus sedang mengajar orang ramai

Stefanus memberitahu para pemimpin tersebut bahawa mereka sungguh jahat. Dia berkata bahawa mereka telah membunuh Yesus Kristus, Putera Tuhan.

Imej
Bapa Syurgawi dan Yesus muncul kepada Stefanus

Kemudian Stefanus memandang ke atas langit dan terlihat Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Ketika dia memberitahu para pemimpin tersebut apa yang dilihatnya, mereka sungguh marah.

Imej
orang ramai membaling batu ke arah Stefanus

Mereka mengheret Stefanus ke luar kota dan membunuhnya dengan melempar batu kepadanya. Mereka meletakkan jubah mereka di depan kaki seorang pemuda yang bernama Saulus. Semasa Stefanus sedang nazak, dia meminta Tuhan untuk menerima rohnya ke syurga. Dia juga meminta Tuhan untuk mengampuni mereka yang membunuhnya. Kemudian dia meninggal dunia.