Scripture Stories
Bab 49: Sakramen yang Pertama


Bab 49

Sakramen yang Pertama

Imej
keluarga makan bersama

Setiap tahun orang Yahudi akan mengadakan sebuah jamuan yang dipanggil Paskah. Ia membantu orang-orang Yahudi memperingati bahawa Tuhan telah menyelamatkan moyang-moyang mereka pada zaman Musa.

Imej
Yesus dan para Rasul sedang berjalan

Yesus dan Dua Belas Rasul memerlukan sebuah tempat untuk menikmati jamuan Paskah. Juruselamat mengutus Petrus dan Yohanes untuk mencari sebuah bilik dan memeriksa sekiranya segalanya sudah sedia untuk jamuan tersebut.

Imej
para Rasul di pintu

Mereka menemui sebuah bilik dan menyediakan jamuan tersebut.

Imej
Yesus dan para Rasul makan jamuan Paskah

Yesus dan semua Rasul pergi ke situ. Mereka makan jamuan Paskah bersama.

Imej
Yesus memberkati roti

Yesus memberi para Rasul-Nya sakramen untuk pertama kalinya. Dia mengambil roti di tangan-Nya, memberkati ia, dan kemudian memecahkan ia. Dia memfirmankan para Rasul untuk makan roti tersebut.

Imej
Yesus memecahkan roti

Yesus memfirmankan mereka untuk memikirkan tubuh-Nya ketika mereka memakan roti tersebut. Dia meminta mereka untuk ingat bahawa Dia akan mati untuk mereka.

Imej
Yesus menuang wain

Yesus menuang wain ke dalam cawan. Dia memberkati wain tersebut dan memfirmankan para Rasul untuk meminumnya.

Imej
Yesus mengedarkan cawan

Yesus memfirmankan mereka untuk memikirkan tentang darah-Nya ketika mereka meminum wain tersebut. Dia meminta mereka untuk ingat bahawa Dia akan berdarah dan menderita bagi dosa-dosa semua orang.

Imej
Yesus mengajar para Rasul

Yesus juga menyatakan kepada para Rasul bahawa orang-orang yang jahat akan segera membunuh-Nya. Sebelas orang Rasul sungguh sedih. Mereka mengasihi Juruselamat dan tidak ingin Dia mati. Yesus tahu bahawa seorang daripada para Rasul akan membantu orang-orang yang jahat. Namanya adalah Yudas Iskariot.