Scripture Stories
Bab 27: Melakukan Pekerjaan Bapa-Nya di Bumi


Bab 27

Melakukan Pekerjaan Bapa-Nya di Bumi

Imej
lelaki berbaring di tepi kolam

Pada hari perayaan orang Yahudi, Juruselamat pergi ke Kolam Betesda di Yerusalem. Orang ramai menganggap bahawa ketika air di dalam kolam bergoncang, orang pertama yang menjejak kaki ke dalam air akan disembuhkan.

Imej
Yesus bercakap kepada seorang lelaki

Yesus terlihat seorang lelaki berhampiran kolam tersebut yang tidak dapat berjalan selama 38 tahun. Hari tersebut adalah Hari Sabat. Yesus menanyakan lelaki tersebut jika dia ingin disembuhkan. Lelaki tersebut berkata dia tidak akan sembuh kerana dia tidak akan pernah menjadi yang pertama mendekati kolam air tersebut.

Imej
lelaki berjalan pergi daripada Yesus

Yesus berfirman kepada lelaki tersebut, “Bangunlah, angkatlah tikarmu, dan berjalanlah.” Lelaki tersebut segera sembuh.

Imej
lelaki-lelaki marah terhadap Yesus

Banyak orang Yahudi percaya bahawa ia merupakan satu dosa untuk melakukan mukjizat pada Hari Sabat. Mereka ingin membunuh Yesus.

Imej
Yesus mengajar orang ramai

Yesus menjawab bahawa Dia hanya melakukan apa yang Bapa-Nya akan lakukan pada Hari Sabat.