Scripture Stories
Bab 42: Pemuda yang Kaya


Bab 42

Pemuda yang Kaya

Imej
Yesus bercakap kepada seorang pemuda

Suatu hari seorang pemuda yang kaya datang kepada Yesus dan menanyakan Dia apakah yang harus dia lakukan untuk memasuki syurga.

Imej
Yesus bercakap kepada seorang pemuda

Juruselamat berfirman kepadanya untuk mengasihi dan menghormati ibu bapanya serta tidak membunuh atau berbohong atau mencuri. Pemuda yang kaya berkata dia sentiasa mematuhi perintah-perintah tersebut.

Imej
Yesus bercakap kepada seorang pemuda

Yesus berfirman kepada pemuda tersebut bahawa dia harus melakukan satu lagi hal. Dia perlu menjual segalanya yang dia miliki dan berikan wang tersebut kepada yang miskin. Kemudian pemuda itu harus mengikuti-Nya.

Imej
pemuda berjalan pergi daripada Yesus

Pemuda yang kaya tersebut tidak rela melepaskan segalanya yang dia miliki. Dia mengasihi bendanya yang dia miliki lebih dari dia mengasihi Tuhan. Pemuda tersebut pergi dengan sedih.

Imej
Yesus mengajar orang ramai

Juruselamat berfirman kepada para pengikut-Nya bahawa adalah sukar bagi mereka yang mengasihi kekayaan untuk pergi ke syurga. Para pengikut tidak memahaminya. Mereka bertanya siapakah yang boleh hidup bersama Tuhan? Yesus berfirman bahawa orang-orang yang percaya kepada Tuhan dan mengasihi-Nya lebih dari segalanya akan hidup bersama-Nya di syurga.